Isu-Isu Kucing Di Amerika Syarikat Dan Kisah Sedihnya

Walaupun perangkaan itu berasal dari Kajian Kebangsaan mengenai Kajian Pendudukan Haiwan Perliharaan dan Petunjuk Statistik Kependudukan Haiwan, ia boleh dianggap komprehensif kerana tinjauan dilakukan setiap tahun pada kira-kira 5,000 buah tempat perlindungan. Dan terdapat kajian baru-baru ini yang jumlah perbezaan tidak begitu besar kerana kebanyakan tempat perlindungan dan kawalan haiwan adalah “tidak begitu koperatif” kerana ini adalah isu sensitif. Petunjuk yang diterima dan anggaran dari mereka yang terlibat menunjukkan bilangannya lebih kurang sama.

 

Memandingkan dengan kucing jinak, nasib kucing liar lebih menyedihkan kerana ia adalah hampir 100% kadar “kematian” untuk kategori kucing ini di tempat perlindungan dan kawalan haiwan. Ini menyebabkan penyokong hidupan liar mengejar dan menuntut lebih ketelusan dalam menghadapi kategori kucing ini. Dengan semakin banyak tekanan daripada kumpulan penyokong ini, orang-orang yang terjebak dalam tuntutan yang bercanggah ini berada dalam keadaan kekaburan.

 

Seperti yang diketahui kategori kucing liar ini yang tidak bergaul atau disosialisasikan dengan manusia, tiada kemungkinan atau tidak ada peluang untuk diterima perlihara kerana mereka tidak boleh masuk ke dalam rumah biasa. Malah pemilik yang disebut “haiwan peliharaan eksotik” biasanya tidak tampil ke depan untuk menuntutnya kerana ketakutan menanggung akibat undang-undang. Oleh itu, satu-satunya kesimpulan yang boleh dipertimbangkan untuk haiwan ini ialah “hukuman mati” yang menjadi perbahasan yang selama ini.

 

Walaupun tidak ada bilangan sebenar yang diketahui bagi kucing-kucing liar ini, angka-angka dari sumber yang berkaitan telah menunjukkan bahawa populasi kucing liar dan kucing jinak adalah lebih kurang sama jumlahnya yang mencapai 81 juta.

 

Pertubuhan sukarelawan dan kumpulan kebajikan haiwan mempunyai pendapat yang sama dan sentiasa percaya bahawa penyebab kematian utama bagi kucing yang berada di tempat kawalan haiwan dan tempat perlindungan adalah sama tidak kira ianya dibiayai oleh swasta atau awam. Oleh kerana tidak kesemua negeri mengenakan keperluan untuk melaporkan nasib haiwan di tempat perlindungan dan kawalan haiwan, maka tidak banyak lah penerbitan mengenai perkara ini. Negara-negara yang memerlukan laporan dari tempat kawalan dan penampungan haiwan biasanya tidak membenarkan akses kepada orang awam. Pengumpulan data-data penting ini dan proses mengkaji isu ini telah bertaburan tipis.

 

Oleh kerana isu ini adalah isu kontroversi, tidak ada penyelesaian “pasti-menang” atau “satu-penyelesaian-untuk-semua” kerana kedua-dua pihak mempunyai pendapat berlainan. Oleh itu, bantuan alternatif untuk mengelakkan “kematian” terutamanya kucing jinak, adalah untuk mendidik pemilik supaya dapat mengurangkan statistik yang tinggi ini. Mendidik orang ramai dan kesedaran mempunyai kesan positif yang begitu besar seperti penerbitan baru-baru ini.

 

Dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup, kita dapat melihat semakin ramai orang memiliki haiwan kesayangan. Kucing dan anjing merupakan haiwan kesyangan yang paling popular, baik di negeri Amerika mahupun di seluruh dunia . Dan baru-baru ini nampaknya generasi baru lebih bercenderong kepada penjagaan haiwan. Ini memberi harapan bahawa orang ramai akan mulai menyedari keselamatan haiwan terutamanya kucing. Juga manjadi sebahagian daripada gaya hidup genarasi baru sebagai teman hidup.

 

Sekolah juga boleh memainkan peranan penting dalam menanamkan sikap positif terhadap haiwan. Sukatan pelajaran mengenai penjagaan haiwan juga boleh membangkitkan kesedaran pelajar sekolah. Dan apabila penjagaan haiwan adalah sebahagian daripada kurikulum mereka maka ia akan menghasilkan perbezaan besar dalam apa yang kita lihat hari in. Ini akan menjadikan mereka lebih bersimpati dan sayang terhadap haiwan.