Kucing dan kotak, benda yang paling padan seperti mentega kacang dan jeli. Seperti banyak perkara pelik yang kucing anda pernah lakukan, pakar sains juga tidak dapat pecahkan misteri kucing dengan kod kotak sepenuhnya, tetapi pakar-pakar mendapati wujudnya kelebihan dan sebab tertentu yang kotak dapat beri kepada kucing. Disebabakan kucing adalah pemangsa yang suka melakukan serangan hendap, kotak menyediakan tempat bersembunyi yang baik untuk mereka memburu mangsa. Kami tidak sering melihat kucing menunjukkan kelakuan ini di luar rumah, tetapi mereka masih meniru kelakuan ini di dalam rumah. Jelasnya ada lagi yang sedang berlaku antara kucing dengan kotak.
Kucing yang ‘jika aku dapat muat, di situlah aku akan duduk’. Anda kena tahu yang sudah biasa kucing akan memilih tempat yang ganjil untuk berehat, ada yang akan berbalut macam sebiji bola di dalam sinki, ada yang suka tidur tepi kasut, bawa kerusi kecil dan lain lain ruang yang kelihatan kecil atau terkurung. Nampaknya ganjil bukan?
Rasa ingin tahu kenapa ianya begitu? Apabila kita memperkenalkan kotak-kotak kosong ini kepada kucing kita, mereka akan mula menyiasat objek tersubut dengan teliti. Mereka sudah biasa dengan setiap inci persegi kawasan mereka, jadi apabila sesuatu yang baru masuk, mereka jelas sangat ingin tahu. Apabila rasa ingin tahu sudah lepas, kelakuan semula jadi terus menyebabkan si comel ini lompat masuk untuk bermain di dalam.
Ada juga yang menjelaskan bahawa kotak yang kucing suka masuk meniru keselesaan atau suhu badan yang diberi ibu kucing kepada anak kucing apabila anak kucing sedang memeluk ibunya. Tambahan lagi, semasa duduk di dalam kotak, terdapat juga penjelasan bahawa badan kucing akan mengeluarkan endorphin yang membolehkan mereka mengurangkan tekanan bagi kucing tersebut. Letakkan selimut dalam kotak yang kira-kira saiz yang sesuai untuk kucing anda dan ia mungkin akan menjadi salah satu tempat kegemarannya untuk tidur. Ruang terkurung sentiasa memberikan rasa selamat, dan kotak membantu mereka menjaga haba badan haiwan.
Adakah kotak hanya untuk kucing yang telah dijinak? Apabila bertanya, “Kenapa kucing suka kotak?” Anda mungkin juga tertanya-tanya, “Adakah sepupu besar mereka seperti harimau juga suka kotak?” Kucing domestik bukan satu-satunya yang menikmati kotak. Kucing besar juga merupakan peminatnya. Satu-satunya perbezaan ialah kucing yang lebih besar, kotak yang lebih besar! Ketawalah bila orang memberitahu anda itulah kenyataan sebenarnya.
Jenis kotak yang anda patut dan tidak patut berikan untuk kucing anda. Salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan ketika berfikir, “Mengapa kucing suka kotak?” adalah jenis kotak yang anda akan menyediakan untuk kucing anda. Menyediakan kotak merupakan cara terbaik untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik. Kotak kecil yang dapat diletak di pokok mainan merupakan kotak yang paling digemar sesetengah kucing sementara beberapa kucing lebih suka kotaknya yang dijadikan sebagai tempat persembunyian dekat dengan lantai. Cuba dengan kucing anda mana yang mereka paling suka. Lambat laun anda akan dapat yang tepat untuk kucing kesayangan anda.
Sekiranya anda menggunakan kotak kitar semula untuk kucing anda, pastikan kotak tersebut adalah selamat untuk digunakan. Keselamatan yang patut anda ingat adalah periksa semua bahagian yang bahaya di kotak seperti staples, pemegang, tali pita dan sebagainya yang mungkin mencekiknya yang mungkin membawa maut jika tertelan. Jangan tutup kucing anda di dalam kotak dan tinggalkannya di dalam. Kucing tidak suka merasa terperangkap dan perasaan yang bukan kucing anda sedang carikan.
Kuasa kotak itu sudah sangat jelas. Kucing yang disediakan dengan kotak untuk bersembunyi dikatakan dapat pulih lebih cepat dalam persekitaran yang baru mereka berbanding kucing tanpa kotak bersembunyi. Secara ringkasnya, kotak bersembunyi itu merupakan salah satu benda yang penting dalam kehidupan kucing.