Arnab Anda Sakit? Ketahui Tanda-Tandanya

Adakah arnab anda nampak lain dalam beberapa hari ini, kurang makan atau tukar corak pemakananya atau jauhikan dirinya dari anda. Contohnya, arnab anda yang biasa makan dengan banyak tiba-tiba henti makan, hirau tak hirau semasa anda beri makanan untuknya. Pertukaran cara pemakanan arnab anda merupakan salah satu petanda yang biasa akan berlaku jika arnab anda sakit.

 

Sekiranya arnab anda tidak makan lebih daripada setengah hari, ini adalah di mana kita harus memberi perhatian terhadapnya. Disebabkan sistem perut arnab dihasilkan untuk sentiasa proses dan berjalan supaya dapat mengekalkan kesihatannya. Oleh itu, dua hari berterusan macam ini akan sangat bahaya untuk kesihatan arnab. Arnab anda mungkin berada dalam keadaan GI stasis. Keadaan ini berlaku di mana usus dalam perut arnab tersebut akan menjadi perlahan atau berhenti sepenuhnya. Oleh itu, sentiasa perhatikan arnab anda. Anda boleh cuba menyuap arnab anda sedikit jus nanas atau makanan yang dicadang doktor haiwan. Jika ia masih tidak makan, maka anda perlu segera membawanya ke doktor haiwan untuk membuat pemeriksaan yang lanjut.

 

Seterusnya anda boleh ketauhi kesihatan arnab melalui bulunya. Arnab juga dikenali sebagai haiwan yang suka bersih. Tanda arnab yang kurang membersihkan dirinya seperti menghaluskan bulu adalah tanda arnab yang tidak sihat. Keguguran bulu sentiasa berlaku pada arnab yang biasanya sakit. Tetapi, simptom keguguran bulu juga boleh dikaitkan dengan masalah lain seperti tekanan stres dengan keadaan dan suhu persekitaraan atau dari segi kandungan protein yang terlampau tinggi dalam pemakanan. Selain itu, kelemumur, kehilangan bulu keseluruhan, atau kot bersisik boleh menjadi tanda jangkitan yang boleh menular kepada haiwan lain.

 

Adakalanya, keguguran bulu boleh berlaku akibat serangan dari kutu. Walaupun kutu atau kurap adalah perkara biasa semasa membela arnab. Tetapi, kalau tidak dihapus dan dibersihkan, ia akan membiak dengan laju dan seterusnya menjejaskan kesihatan arnab anda. Pastikan arnab anda sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Sentiasa jaga kebersihan sangkar atau pen latihannya. Mandikan arnab untuk penghapusan kutu atau kurap adalah tidak digalakkan. Macam kucing, arnab tidak perlu mandi. Sekiranya anda mendapati bahawa bulunya kotor, gunakan sikat nipis yang dihasil untuk penghapusan kutu-kutu dan telurnya. Seterusnya, memberuskan bulunya dengan perlahan-lahan tanpa mengejutkannya. Bersihkan sikat tersebut selepas diguna.

 

Selain itu, jika mendapati arnab anda banyak mengisarkan giginya, ini mungkin menunjukkan bahawa ia berada dalam kesakitan. Arnab biasanya akan mengisar gigi mereka apabila mereka sakit. Tanda sakit juga diketahui melalui kemerahaan mata arnab, telinga atau mulut yang berair, banyak keluar air luir dan banyak bersin. Jika terdapat perlepasan tersebut dan arnab anda juga bernafas dengan mulut terbuka maka anda dinasihat untuk segera menghubungi doktor haiwan anda.

 

Di samping itu, suhu badan yang tidak biasa akan memaparkan simptom sakit. Arnab mengawal suhu badan mereka dengan telinga mereka. Telinga yang terlalu panas atau sejuk adalah tanda-tanda arnab anda demam atau suhu badanya sudah turun.

 

Arnab yang beza daripada spesis seperti kucing dan anjing, mereka tidak akan menunjukkan kesakitan mereka dengan begitu ketara. Jika arnab yang biasa mengeluarkan najis yang kuantitinya banyak tiba-tiba bertukar menjadi kurang atau sedikit, ini ada kemungkinan yang arnab anda sakit atau mungkin arnab tersebut kurang makan kebelakangan ini. Perhatikan perubahan kelakuan arnab anda dan bawakannya ke klinik haiwan jika ada keraguan tentang kelakuan peliknya.