Mengejar bayang-bayang sepanjang malam, menjadi sangat aktif dengan tumbuh-tumbuhan yang pelik, kejar rama-rama, lompat sini dan sana. Setiap kucing mempunyai tingkah laku yang beza ikut jenis dan personaliti. Walaupun berbeza, tetapi terdapat beberapa kelakuan yang sama dikongsi setiap kucing. Ketahuilah spesis berbulu ini dengan lebih lanjut mengenai keunikan aksi yang mereka supaya anda dapat bezakan tingkah laku yang biasa daripada tingkah laku yang tidak baik. Mari kita lihat perkara yang biasa kucing akan buat.
Tidur sepanjang hari. Ini mungkin kelihatan malas dalam mata pemilik kucing, tetapi tidur atau berehat sepanjang hari adalah sifat semula jadi untuknya. Dari dulu, kucing biasanya akan tidur untuk menyimpan tenaga mereka. Mereka memburu sekejap dan lepas itu akan menghabiskan waktu yang banyak untuk tidur. Bagi kucing di rumah, tingkah lakunya juga adalah sama. Mereka akan menghabiskan sedikit masa untuk makan, dan guna yang selebihnya untuk tidur dan rehat.
Menguli. Perut anda mungkin akan dicucuk oleh kuku mereka yang panjang, tetapi perkara ini biasa dilakukan oleh kucing. Apabila si comel ini lompat ke paha atau perut anda dan berbuat demikian, ia bermaksud kucing anda rasa selamat dan lega berada di samping kamu. Tingkah laku menguli kiri dan kanan ini biasa dipelajari sangat awal semasa mereka masih bayi lagi di mana kebanyakan anak kucing lakukan ketika menyusu.
Menggosok badan dan muka. Kucing akan menggosok badan dan seluruh mukanya pada anda sebagai tanda kasih sayang. Kucing mempunyai kelenjar di pipi dan sudut mulut mereka. Apabila mereka menggosok kaki anda atau bahagian badan lain, mereka akan meninggalkan beberapa tanda mereka pada anda dan ini adalah tanda biasa yang dia akan buat untuk menyatakan dia sayang anda.
Minum Air Tandas. Anda telah menyaksikan upacara penjagaan rapi di mana kucing anda susah payah membersihkan setiap sudut di badannya. Tetapi, kenapa selepas susah payah untuk mengekalkan kebersihan dan kemudiannya pergi minum dari tandas? Tiada penjelasan yang pasti di sebalik mengapa kucing melakukan perkara ‘biasa’ini. Jangan bimbang mengenainya kecuali anda mengguna pembersih kimia dalam mangkuk tandas. Menurut pakar, rasa air di tandas mungkin lebih segar daripada air yang bertakung kerana airnya akan ditukar dengan air baru dengan setiap siraman. Jika ia benar-benar mengganggu anda, anda boleh terus turunkan penutup mangkuk tandas.
Membawa ‘hadiah’ untuk anda. Walaupun banyak kali sudah menolak hadiah penghargaan tersebut, kucing anda masih bertegas untuk memberi hadiah seperti tikus, burung atau cicak yang sudah mati. Membawakan anda haiwan yang mati adalah normal, tetapi anda digalakkan untuk memelihara si comel anda di rumah jika anda tidak mahu teruskan penerimaan hadiah ini. Kucing yang berkeliaran biasanya suka memburu dan menghadiah buruannya sebagai tanda anda adalah kawan mereka dan mereka ingin berkongsi benda yang paling bagus dengan anda.
Mulut murai. Sama seperti orang, sesetengah kucing pun sangat suka bercakap. Mereka boleh meow, merajuk atau bising sepanjang hari. Kucing yang berketurunan dari Asia, seperti kucing Siam, adalah kucing yang sangat suka bersuara. Selagi kucing anda tidak nampak cemas atau sakit, bercakap banyak bukanlah tingkah laku yang perlu dirisaukan. Namun demikian, kucing yang biasanya tenang tiba-tiba memulakan penyiaran harus diperiksa. Perubahan tingkah laku boleh menandakan keadaan perubatan, seperti hipertiroidisme, keadaan di mana kelenjar tiroid terlalu aktif dan akan menghasilkan jumlah hormon tiroid yang banyak.
Bersin. Bersin adalah perkara yang biasa kucing akan lakukan. Bersin merangkumi tersedut alergen, rumput-rumput, atau bunya-bunya yang mempunyai serbuk di dalamnya. Jika bersin terus lebih lama dari biasa, dapatkan rawatan atau pemeriksaan dari veterinar kerana bersin juga sering disebabkan oleh jangkitan virus yang diambil dari sekitar kucing yang dijangkiti. Macam manusia, kucing juga akan terdedah dengan alergi, jangkitan pernafasan atau masalah sinus. Tandanya merangkumi hidung berair.
Makan tumbuh-tumbuhan. Pengambilan rumput yang bersesuaian sangat berkhasiat untuk kucing anda. Pengambilan kuantiti yang banyak, boleh ada memberi kesan seperti muntah dan cirit-birit. Jika kucing anda gemar makan memakan kehijauan, beberapa tumbuh-tumbuhan yang patut berhati-hati adalah seperti aloe vera, teratai dan paskah yang bertoksik untuk kucing anda.
Menjilat tangan atau jari. Jika kucing anda mempunyai tabiat unutk menjilat jari anda, terdapat beberapa sebab disebaliknya. Yang pertama adalah kucing anda suka rasa peluh atau losyen tangan anda. Dalam sesetengah kes, menjilat adalah tingkah laku yang selesa dan biasa dilaku oleh kucing yang sayang tuan mereka. Jika kucing anda asyik menjilat tidak henti-henti, ini menunjukkan tanda-tanda bahawa kucing anda ada kebimbangan lain, dapatkan nasihat dengan veterinar anda.
Bermain sepanjang malam. Kucing secara semulajadi lebih aktif pada waktu malam, apabila penglihatan mereka yang tajam membolehkan mereka memburu mangsa. Kebanyakan kucing peliharaan biasanya akan menyesuaikan jadual mereka dengan manusia dan akan lebih aktif sewaktu pagi. Tetapi jika kucing anda yang lebih tua terjaga sepanjang malam, periksa dengan veterinar anda, ini mungkin tanda hipertiroidisme.