Asas Penjagaan : Kebersihan Arnab

Arnab adalah haiwan yang sangat menjaga kebersihan. Mereka akan menghabiskan kebanyakan masa mereka untuk membersihkan diri. Tetapi, itu tidak bermaksud kita tidak perlu membersihkan mereka sekali sekala. Bulu arnab perlulah sentiasa dibersih dan diberuskan supaya dapat mengekalkan keadaan bulu dan kesihatan yang baik.

 

Kuku arnab juga tidak akan diguna untuk menggali atau mencakar, oleh itu, kuku mereka akan tumbuh dengan sangat panjang jika tidak dipotong. Mengekalkan kuku arnab pada panjang yang sesuai adalah sangat penting. Kuku yang terlalu panjang mungkin akan bergulung masuk ke dalam kaki arnab, atau mungkin akan tersangkut di permaidani atau mana-mana tempat, dan ini akan membuat arnab anda rasa tidak selesa atau mungkin menyakitkan untuknya. Sesetengah arnab mudah terkejut dengan bunyi potongan kuku. Dalam situasi ini, anda mungkin boleh cuba mengasarkan kukunya, tetapi proses ini mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang jika kuku arnab anda agak panjang. Namun, proses ini masih berbaloi berbanding jalan pendek yang mungkin akan mengejutkan si comel kesayangan ini.

 

Memberus bulu arnab. Sekiranya anda mempunyai arnab yang berbulu pendek, anda boleh memberus bulu mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali. Arnab akan menanggalkan bulu kira-kira setiap tiga bulan. Oleh itu, kerap kali memberus bulunya adalah sangat digalakkan. Semasa bulu mereka biasa tanggal setiap hari, anda boleh berus bulunya setiap hari supaya dapat tahu berapa banyak yang bulunya akan tanggal. Jangan lupa bahawa kulit arnab sangat nipis, jadi anda perlu sentiasa memberus bulunya dengan lembut dan gunakan berus yang direka hanya untuk arnab. Sentiasa berus bulunya ikut arah bulu. Letakkan kain atau tuala di atas paha anda dan perlahan-lahan menyokongnya ke paha anda. Jangan baringkan arnab anda di belakang mereka, kerana ini mungkin akan membuat mereka berasa tertekan.

 

Arnab, macam kucing, boleh membuat bola rambut atau trichobezoars, istilah perubatan untuk keadaan ini. Bola rambut ini akan menyebabkan bulu mereka tersumbat dalam perut mereka jika mereka menelan rambut yang panjang ini. Anda boleh memotong bulu  mereka atau mendapatkan pakar memotong bulu  haiwan untuk melakukan potongan pertama dan kemudian anda boleh melakukan yang selebihnya di rumah. Anda mesti berhati-hati dengan kulit arnab juga semasa memotong bulu mereka kerana kulitnya senang terkena potongon secara tidak sengaja.

 

Mengeluarkan simpul bulu arnab. Jika bulu arnab anda mempunyai simpul di kot bulu mereka, jangan sesekali cuba untuk memotong mereka dengan gunting kerana macam masa anda memotong bulu mereka yang panjang, kulit mereka sangat mudah untuk terkena potongan tanpa disedari. Pisahkan bulu tersebut dengan perlahan-lahan sehingga semua sudah dipisahkan.

 

Semak kutu. Jika arnab anda sentiasa menggaru badannya lebih daripada biasa, cuba semak bulunya sama ada ada kutu atau tidak. Sekiranya anda mendapati ada kutu, guna sesikat arnab untuk mengeluarkan kutu dari bulunya. Anda mungkin perlu mengambil langkah yang lebih seperti semburan atau kolar kutu.

 

Perlukah saya memandikan arnab saya? Arnab biasanya tidak memerlukan mandi. Sekiranya mandi sangat diperlukan, anda hanya perlu bersihkan bahagian yang di mana kotor sahaja. Anda perlu ingat yang bulu arnab yang basah sangat susah untuk dibersihkan dan anda perlukan pengering untuk mengeringkan bulu mereka. Pastikan suhu pengering dipasang dengan sesuai supaya arnab kesayangn anda tidak rasa terlalu panas disebabkan ingin keringkannya dengan cepat.