Kucing Anda Curi-Curi Marah Anda. Kenapa?

Walaupun kita sebagai pencinta kucing sentiasa menghabiskan masa bersama dengan mereka tetapi kadang-kadang masih sukar untuk membaca fikiran mereka. Kucing bukan spesis haiwan yang boleh semulajadinya memberi respons kepada manusia. Untuk mengetahui sama ada si comel anda sedang merajuk, cuba padankan tingkah laku di bawah dengan kucing anda. Adakah anda pernah lalui semua ini?

 

Dia pandang anda satu macam. Jika anda seorang pemilik kucing, anda langsung tidak perlu tanya,  kucing adalah pakar menunjuk perasaan melalui mata mereka. Mereka akan resah jika rutin harian mereka sentiasa berubah misalnya jika anda lewat menyuapnya makanan. Oleh itu, jawapannya sudah sangat jelas, layankan semua permintaan bos anda. Kami hanya bergurau. Tetapi ikut masa yang tetap untuk suap kucing anda adalah lebih digalakkan dan jika boleh jangan sentiasa tukar masa menyuapnya.

 

Dia gigit tangan anda. Andakah anda pernah lalui yang kucing anda yang comel menghampiri anda, minta anda untuk sentuh dan dengan tiba-tiba kena gigit atau cakar. Cakap tentang tangan yang menyuapkannya. Ini boleh dikatakan sebagai sentuhan sifat agresif. Jangan risau, kucing anda bukannya sudah bertukar jahat. Jika anda faham perangainya, gigitan ‘biarkan saya bersedirian’ tidak semestinya bermaksud ia sedang marah, tetapi hanya mahu mengawal interaksi tersebut.

 

Menonton anda dari jauh. Anda mungkin rasa sukar untuk ketahui sama ada kucing anda sedang menjauhkan diri dari anda disebabkan ia marah, atau semata-mata mereka adalah haiwan peliharaan yang pelik. Personaliti yang pelik ini mungkin mengelirukan. Kucing akan kekalkan jarak dengan pemilik mereka jika mereka terkejut dengan suara kuat yang anda keluarkan, atau bau lain yang melayang keluar dari baju atau seluar anda. Jika personaliti biasa rakan berbulu ini biasanya sangat aktif atau suka bermain tetapi sekarang hanya aktif mengelak, maka ini mungkin boleh membawa maksud bahawa rakan berbulu anda sedang takut, resah atau sedang marah anda. Penyelesaiannya? Bagi dia ruang dan masa sendiri untuk relaks. Dia akan datang kepada anda apabila dia siap bersedia.

 

Kucing anda menolak makanan kegemarannya. Untuk mengetahui sama ada kucing anda marah anda, cuba baginya makanan kegemarannya. Kucing yang segarang manapun, biasanya akan memberi respons apabila pemilik mereka memberi makanan dan kucing yang marah biasanya enggan makan makanan kegemaran mereka. Perhatikan kelakuan marahnya. Ini mungkin kerana situasi yang dia berada, perubahan rutin seharian, atau mungkin kucing anda sedang mangandung. Perhatikan juga sama ada kucing anda ada tanda-tanda penyakit.

 

Kucing bersembunyi di bawah sofa atau kerusi. Kucing anda takut dan tidak berpuas hati dengan anda. Jangan cuba menariknya keluar kerana tangan anda mungkin akan menjadi mangsa untuk cakarannya kerana tindakan refleks untuk melindungi dirinya.

 

Kucing buang najis di katil atau bantal anda. Mungkin anda akan berasa marah dengan kelakuannya. Tetapi cara kucing anda berbuat demikian boleh dimaksudkan ia melepaskan geram ke atas anda. Ini kerana ia bimbang kerana berpisah dengan anda. Walaupun pada dasarnya kelihatan seperti kucing anda melepaskan geram, tetapi realitinya si comel ini hanya ingin mengunakan bau yang ditanda untuk mengurangkan kesunyiannya apabila berpisah dengan anda.

 

Kucing kencing di atas pakaian anda. Dari kecil hingga besar, kucing anda telah dilatih untuk kencing di tempat atau pasir yang disediakan. Tetapi tiba-tiba dia mula kencing di merata-rata temapt dan sudut rumah. Jangan buat kesimpulan dan marahnya begitu cepat, ini adalah tanda yang boleh  dipasti. Kucing anda menghadapi tekanan. Kebanyakan ini mungkin juga akan berlaku pada permukaan yang lembut seperti tilam, sofa atau katil. Tingkah laku ini patut diubah atau mendapat nasihat daripada veterinar supaya tabiat ini dapat dibuang seawal mungkin.