Makanan Sedap Untuk Kita, Racun Untuk Kucing

Makanan yang enak untuk kita bukannya selalu sesuai untuk haiwan kesayangan ini. Kucing yang pandai pilih makanan yang diberi sehingga kadang-kadang makanan yang kita ingat baik untuk mereka mungkin akan membahayakan kesihatan mereka. Sebenarnya anda mungkin akan terkejut dengan sesetengah makanan biasa yang tidak sepatutnya beri kepada kucing anda.

 

Susu dan produk tenusu. Walaupun kucing menikmati minum susu, tetapi ia tidak semestinya baik untuknya. Susu bukan nutrien yang diperlu kucing dan kebanyakan kucing tidak dapat tahan laktosa yang wujud dalam susu. Kebanyakan kucing hanya terdedah kepada laktosa dari susu ibu mereka semasa mereka masih anak kucing. Kerana anak kucing hanya minum susu ibu mereka selama beberapa minggu, sistem pencernaan mereka sering tidak dilengkapi untuk mengendalikan semula laktosa. Laktosa yang merupakan gula yang tidak dapat dicerna akan menarik air ke dalam usus kucing. Oleh itu, ia akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan misalya cirit-birit.

 

Bawang dalam semua bentuk. Bawang putih, merah, serbuk, mentah, dimasak, atau daun boleh memecah sel darah merah kucing dan menyebabkan anemia. Kenapa? Kerana bawang putih dan bawang putih mengandungi sulfoksida dan disulfida. Kuantiti yang kecil tidak membawa masalah tetapi jika kucing sentiasa makan makanan ini dalam kuantiti yang banyak, ia akan menyebabkan keracunanan yang serius, merosakkan kesihatan seperti keletihan, penurunan berat yang ketara dan masalah gastrousus .

 

Alkohol. Minuman keras seperti arak, bir, wain yang mengandungi alkohol, tidak baik untuk kucing anda. Kesemua minuman yang memberi kesan pada manusia, mempunyai kesan yang sama pada  hati dan otak kucing. Alkohol sangat toksik untuk kucing kerana ia boleh terus serap masuk badan dengan laju. Yang beza dari manusia adalah minuman ini merosakkan sistem kucing dua kali lebih laju daripada manusia. Hanya dua sudu wiski boleh terus menyebabkan kucing yang seberat 2.2kg berada dalam keadaan, tambah lagi satu sudu kecil dan ia akan terus membawa maut kepada kucing tersebut. Anda tidak patut teragak-agak untuk menghubungi doktor haiwan jika anda mengesyaki kucing anda telah diracuni oleh alkohol.

 

Makanan Anjing. Berkongsi makanan anjing anda sekali-sekala jika ada tidak bahaya untuk kucing anda. Kedua-dua makanan kucing dan anjing mempunyai bahan yang hampir sama. Tetapi, makanan kucing adalah makanan yang khas diproses untuk memenuhi nutrien dan vitamin yang seekor kucing perlu. Oleh itu, diet makanan anjing juga boleh menyebabkan kucing anda menjadi sangat tidak sihat.

 

Anggur dan Kismis. Anggur dan kismis sering digunakan sebagai ganjaran atau layan untuk haiwan peliharaan. Tetapi amalan ini bukan sesuatu idea yang digalakkan. Walaupun pakar masih tidak jelas mengapa anggur dan kismis boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dalam kucing atau sejumlah kecil boleh  membuat kucing sakit, tetapi ia adalah penting untuk mengesan tanda-tanda ini. Berulang kali muntah dan hiperaktif adalah tanda awal.

 

Doh yis. Sebelum ia dibakar, doh roti perlu kembang dan keadaan ini akan berlaku dalam perut kucing anda jika kucing memakannya. Doh akan kembang dalam perut kucing. Adunan boleh kembang dalam perut dan menyebabkan kesakitan yang teruk. Di samping itu, apabila yis menapai adunan untuk membuatnya doh tersebut naik atau kembang, ia menghasilkan alkohol yang boleh mengakibatkan keracunan alkohol.

 

Kafein. Kafein yang wujud dalam teh, kopi boleh menjadi sangat berbahaya bagi rakan kucing anda. Selain teh dan kopi, kafein boleh didapati di kacang tanah, minuman perangsang seperti Red Bull dan makanan kesukaan kanak-kanak, coklat. Ingat, tiada penawar untuk keadaan ini. Kuantiti kafein yang kecil boleh menyebabkan kegelisahan, perningkatan pernafasan dan jantung yang akan berdenyut dengan cepat. Tetapi pengambilan yang banyak akan membawa maut.

 

Coklat. Toksik racun yang ada dalam coklat adalah teobromina dan ia ada dalam setiap jenis coklat, walaupun coklat putih. Jenis yang paling berbahaya adalah coklat gelap dan coklat untuk membuat kek. Makan coklat ini boleh terus segera menyebabkan irama jantung yang tidak normal, gegaran, sawan, dan kematian. Ia juga dalam beberapa ubat sejuk dan ubat penahan sakit. Bolehkah anda mengeluarkan kandungan teobromina dari coklat? Jawapannya adalah tidak. Teobromina ini akan terus tinggal dalam coklat kerana ia asal daripada satu kandungan yang anda mesti perlukan untuk membuat apa-apa jenis coklat, pokok koko. Sedikit coklat kecil tidak akan membawa maut kepada kucing. Makan terlalu banyak terutama cokelat gelap boleh terus menjadi kecemasan perubatan. Coklat untuk membuat kek dianggap paling teruk dan mempunyai kandungan teobromina yang sangat tinggi, diikuti dengan coklat susu, dan seterusnya coklat putih.

 

Ubat manusia. Minum ubat yang ditetapkan untuk manusia adalah keracunan yang paling biasa dalam kucing dan juga salah satu kesilapan yang pemilik kucing biasa akan lakukan. Sama seperti apa yang anda akan lakukan untuk anak-anak anda, letakkan ubat-ubatan di mana kucing anda tidak boleh mendapatkannya. Jangan biarkan kucing anda makan ubat-ubatan kecuali jika dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh doktor haiwan anda. Bahan-bahan seperti asetaminofen atau ibuprofen adalah ubat biasa diguna sebagai penahan sakit dan ubat sejuk dan ubatan boleh mematikan kucing anda.

 

Pengambilan lemak dan tulang. Sisa meja sering mengandungi lemak yang dipotong daripada daging dan tulang. Kedua-dua lemak dan tulang mungkin boleh merbahayakan kucing. Lemak, sama ada dimasak atau tidak masak, boleh menganggu usus, menyebabkan muntah dan cirit-birit. Kucing boleh tercekik pada tulang yang besar atau tajam lepas digigit, misalnya tulang kaki ayam. Tulang yang berpecah akan menjadi halangan atau mencucuk usus dan sistem pencernaan kucing anda.

 

Telur mentah. Terdapat dua masalah dengan memberi telur mentah kucing anda. Yang pertama adalah kemungkinan keracunan makanan daripada bakteria seperti salmonela atau E coli. Telur mentah yang memberikan risiko pencemaran. Jika kucing anda makan telur mentah yang tercemar oleh bakteria atau sejenisnya, mereka boleh menjadi sangat sakit melalui keracunan makanan. Yang kedua adalah masalah yang jarang berlaku di mana protein dalam putih telur mentah, iaitu avidin, boleh mengganggu penyerapan vitamin B biotin. Ini boleh terus menyebabkan masalah kulit serta masalah bulu kucing anda.

 

Kucing merupakan spesis karnivor yang perlukan daging sebagai makanan asasnya dan memastikan kucing anda sentiasa sihat adalah tanggungjawab setiap pemilik haiwan. Pastikan periksa kandungan yang wujud dalam setiap makanan